CINTA ALLAH YANG HAKIKI

Thursday 20 October 2011

~mulaKAN denGAN bismILLah...~




بِسْـــمِ اللَّــه الرَّحمنِ الرَّحيمِ

الحــــمْدلِلَّـهِ : PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH
...
رَبِّ : YANG EMPUNYA : MENTADBIRKAN

العَـالَـمِـيْنَ : SEKALIAN ALAM : MANUSIA, JIN, DAN MALAIKAT


Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dimulai dengan nama ALLAH " BISMILLAH ". Hukum membacanyaitu sunat (diberi Pahala) . Sebabnya al-Quran sendiri dimulai dengan "BISMILLAH" - sebagai pelajaran kepada orang-orang Islam - supaya sebarang kerjanya adalah semata-mata untuk Allah dan di atas nama Allah, tidak di atas nama yang lain.

Segala keIndahan alam yg kita lihat, segala nikmat yang kita kecapi hendaklah kita puji dan berterima kasih . Hanya Allah sahaja yang berHaq menerima pujian, kerana semuanya itu berpunca daripada-NYA . Adapun berterima kasih kepada sesama manusia yang berbudi, juga disuruh. kerana sesiapa yang tiada mengenang budi orang, tiadalah ia bersyukur kepada Allah.

Dalam hubungan ini Nabi Muhammad (s.a.w) telah bersabda;-

مَـنْ لَـمْ يَشْـكُرِ الـنَّـاسَ لَـمْ يَـشْـكُـرِ اللَّـهَ .

BARANG SIAPA TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA MANUSIA, DIA TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA ALLAH‬
wahai antum wa antunna...mulakanlah setiap pekerjaan dengan bismillah....insyaallah utk diriku jua....

~waNIta iNsaN IStimeWA~


Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim







Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga
habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat
pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak
disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga
tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang
isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan juga tidak derhaka kepada suaminya..

MOGA SAHABAT2 ANA DAN UMAT NABI  KHAS UTK WANITA...SEMOGA KITA TERGOLONG ISTERI YANG SOLEHAH DAN TAAT AKAN SUAMI DAN KHALIQ KITA....AMIN YA RABBAL'ALAMIN....<3