CINTA ALLAH YANG HAKIKI

Sunday 18 September 2011

SuaRa HatI: Ku ReNunG dan Ku FiKir

seorang dari para salihin berkata" Ku renung dan ku fikir, dari 


pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia,tiba-tiba ku 


dapati syaitan memasuki nya dari 10 pintu.



  • Tamak dan Jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruhkepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar
  • Cintakan Hidup yang panjang angan-angan,lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba
  • Cintakan Kerehatan dan Nikmat,lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan menyakini balasan buruk
  • Kagum pada diri sendiri(ujub),lantas aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan ketakutan balasan dan seksaan
  • Pandang Rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka,lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka
  • Hasad, lantas aku menghadapi dengan sifat qanaah(berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya
  • Riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas
  • Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada disisi Allah itu akan kekal
  • Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat Tawadhu'
  • Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

No comments:

Post a Comment